cottoncandybar v2.0

Author Archive

This time, Permanently.

Do visit me at my own domain.

http://www.cottoncandybar.net

Thank you!

Dear All,

Have a nice Raya! Maaf Zahir Batin.

Hujung minggu lepas adalah antara minggu yang membuatkan poket saya berlubang. Haha. Tapi tak mengapa. Sebab saya berpeluang menemui rakan-rakan yang lama saya tak temui, dan juga rakan baru. Bermula dengan iftar di Flaming Steamboat, Sunway bersama rakan-rakan pejabat tunang saya pada hari khamis. Hari jumaat pula berbuka di wisma Kagumas, Bangi bersama rakan-rakan UTP batch itisjan03. Dan setelah begitu lama tak berjumpa rakan SHAH PEKAN 9802, akhirnya ada juga iftar yang berlansung di Nelayan Seafood, Titiwangsa pada hari sabtu. Dan setelah terlepas buffet IKEA tahun lepas, saya dan tunang berbuka pula di sana pada hari ahad. Disertakan dua snapshot iftar yang saya lalui. Haha.

Iftar ITISJAN03 – Wisma Kagumas, Bangi

Iftar SHAH PEKAN 9802 – Nelayan Seafood, Titiwangsa

Finally..after waiting for a month..

Antara hasil yang dapat dibeli kelmarin. Keluar bershopping bersama tunang saya, khas mencari barang hantaran. 70% off. Rambang mata beb!

Di bulan rejab yang mulia ini, seringkali terfikir akan kesilapan yang selalu saya buat. Dan apabila terdengar lagu Andai Ku Tahu oleh Ungu, membuatkan saya terfikir betapa banyak dosa yang saya lakukan kebelakangan ini. Mungkin kesilapan saya mengutamakan tugas kecil di dunia membuatkan saya melupakan tugas besar untuk CEO utama di atas sana. I wish my ex-manager still here to remind me each time waktu solat masuk. Sekarang asyik terlajak jer. Haish. But then again, it’s our job to remind our own self. Dan di waktu Rejab, Syaaban, dan seterusnya, saya berazam menjadi lebih taat. Dan bantu saya yer rakan-rakan? Lagu di bawah untuk kita semua (maaf wordpress xleh nak include stream lagu..-_-“). Sesungguhnya kita tak tahu..sebab tu lah kita kena lebih taat.

Ungu – Andai Ku Tahu

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa-dosaku
Aku takut
Dosa yg terus membayangiku

Andai ku tahu
Malaikat-Mu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat pada-Mu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yg terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangis ku bertaubat pada-Mu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di syurga

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat pada-Mu

Aku takut
Akan semua dosa-dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa-dosaku
Ampuni aku
Menangis ku bertaubat pada-Mu

p/s: saya bukan nak jd ustaz. tapi teringat diri sendiri yang dah jauh terbuai. Haish!

my love..

all photos credit to Hasbullah

Tengok orang lain ada adik, saya merasa sungguh cemburu. Kata mereka seronok ada adik. Boleh jadi teman bermain. Boleh dibuli. Haha.

“Nak jugak! nak jugak”

“Adik, mana boleh. Bukan senang nak dapat adik tau”

“Ala..x(bukan nama sebenar) bole. Nak jugak! tak kira! nak jugak sekarang”

“Tak boleh! Hish! Degil budak ni”

“Kalau tak boleh, adik nak balik sekarang”

Meluru turun ke arah ampai kain. Mengangkat kain yang tersidai. Basah lagi. Mujur ada kaklong dan abang ngah memujuk. Membawa ke Pasar Pasir Mas. Dapatla jalan jalan juga. Mak saya pening.

Kecil sungguh saya ketika itu. Mentally and Physically. Dah besar, baru sedar. Memang susah nak dapat adik. Menjaga hati anak pun susah. Bersedialah bakal ibu bapa. Saya memandang cermin sewaktu mengungkap kata kata ini.

p/s: saya anak bongsu dan masih anak bongsu.

p/s: kejadian ini berlaku di pasir mas, kelantan. kampung halaman saya yang sudah lama tidak dikunjungi.

otak-otak..nyum2 XD

Petang ni hujan di luar..sedapnya kalau boleh minum Milo

gambar sampingan: milo percuma di pejabat saya

Hujan oleh Allahyarham Sudirman

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi di waktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama airmata
Bersama pedih bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua


About Me


hitman with candy

Click Me!!  

Blogroll







Ouuch!

  • 5,598 hits

Links