cottoncandybar v2.0

This time, Permanently.

Do visit me at my own domain.

http://www.cottoncandybar.net

Thank you!

Dear All,

Have a nice Raya! Maaf Zahir Batin.

Hujung minggu lepas adalah antara minggu yang membuatkan poket saya berlubang. Haha. Tapi tak mengapa. Sebab saya berpeluang menemui rakan-rakan yang lama saya tak temui, dan juga rakan baru. Bermula dengan iftar di Flaming Steamboat, Sunway bersama rakan-rakan pejabat tunang saya pada hari khamis. Hari jumaat pula berbuka di wisma Kagumas, Bangi bersama rakan-rakan UTP batch itisjan03. Dan setelah begitu lama tak berjumpa rakan SHAH PEKAN 9802, akhirnya ada juga iftar yang berlansung di Nelayan Seafood, Titiwangsa pada hari sabtu. Dan setelah terlepas buffet IKEA tahun lepas, saya dan tunang berbuka pula di sana pada hari ahad. Disertakan dua snapshot iftar yang saya lalui. Haha.

Iftar ITISJAN03 – Wisma Kagumas, Bangi

Iftar SHAH PEKAN 9802 – Nelayan Seafood, Titiwangsa

Finally..after waiting for a month..

Antara hasil yang dapat dibeli kelmarin. Keluar bershopping bersama tunang saya, khas mencari barang hantaran. 70% off. Rambang mata beb!

Di bulan rejab yang mulia ini, seringkali terfikir akan kesilapan yang selalu saya buat. Dan apabila terdengar lagu Andai Ku Tahu oleh Ungu, membuatkan saya terfikir betapa banyak dosa yang saya lakukan kebelakangan ini. Mungkin kesilapan saya mengutamakan tugas kecil di dunia membuatkan saya melupakan tugas besar untuk CEO utama di atas sana. I wish my ex-manager still here to remind me each time waktu solat masuk. Sekarang asyik terlajak jer. Haish. But then again, it’s our job to remind our own self. Dan di waktu Rejab, Syaaban, dan seterusnya, saya berazam menjadi lebih taat. Dan bantu saya yer rakan-rakan? Lagu di bawah untuk kita semua (maaf wordpress xleh nak include stream lagu..-_-“). Sesungguhnya kita tak tahu..sebab tu lah kita kena lebih taat.

Ungu – Andai Ku Tahu

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa-dosaku
Aku takut
Dosa yg terus membayangiku

Andai ku tahu
Malaikat-Mu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat pada-Mu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yg terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangis ku bertaubat pada-Mu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di syurga

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat pada-Mu

Aku takut
Akan semua dosa-dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa-dosaku
Ampuni aku
Menangis ku bertaubat pada-Mu

p/s: saya bukan nak jd ustaz. tapi teringat diri sendiri yang dah jauh terbuai. Haish!

my love..

all photos credit to Hasbullah