Posted by: paceek on: April 9, 2008
Pernah tak anda didekati oleh agen-agen jualan yang menawarkan cabutan bertuah yang seakan akan membuatkan anda gila sebab katanya anda telah menang satu juta? Selepas itu barulah dia beritahu yang anda kena ikutinya ke pejabatnya? Pernah? Tak pernah? Saya pernah. Petang tadi. Sila buang bahagian yang “membuatkan anda gila” untuk aplikasi situasi saya.
Saya kagum. Seorang datang menghampiri saya. Suruh saya mengopek sampul. Lantas dier gelak tak cukup nafas sambil ucap tahniah kepada saya. Dalam hati saya, “Gilo ko apo budak ni? Gelak tetiba. Dah la macam kena athma”. Lantas dia memanggil rakannya. Perkara yang sama berlaku. Kawan dia pun gelak macam tak cukup nafas. Tak cukup mineral agaknya mereka ni. Sampai pula seorang lagi gadis yang merupakan rakan mereka. Benda yang sama berlaku. Hurm. Lama agaknya mereka berlatih situasi tersebut.
Saya memang tidak berminat. Tapi susah betul hendak menghalau mereka. Mereka terlampau dedikasi hendak menipu saya barangkali. Ketika itu juga Farah sampai. Dan semasa salah seorang mereka cuba menjelaskan perkara sama berulang kali. Si gadis tadi tetiba sahaja berada di kerusi belakang kereta kancil bakal tunang saya. Saya pergi kerja menggunakan kereta bakal tunang saya. Bakal tunang saya pergi kerja menggunakan kereta saya. Jangan ditanya kenapa. Risau juga saya jikalau mereka ni kumpulan perompak. Farah berkali ganda risau.
Malas hendak bertekak, ditambah rasa ingin tahu, saya mengikut mereka ke “pejabat” mereka. Farah dah siap-siap menghantar sms kepada kenalan lain jikalau ada apa-apa berlaku. Di sepanjang perjalanan tu, si gadis tadi ingin sekali berborak dengan kami. Di tanya informasi kami. Banyak yang kami temberang. Biasa la, saya baru sahaja mengalami kejadian informasi dicuri. Fobia dah nak bagi maklumat yang betul. Yang paling saya ingat, dia asyik kata:
Abang, Akak, menang nanti belanja maa
Lantak kau la. Sampai di “pejabat” mereka, Farah ragu-ragu hendak naik. Dalam hati saya, sah, mereka penipu. Pejabat tak ada papan tanda. Yang ada dalam pejabat pun hanya meja dan kerusi. Duduk sahaja, mereka dah sediakan satu borang. Yang menambah kesahihan mereka menipu, banyak sangat kesalahan tatabahasa dalam borang tersebut. Saya tak dapat terima hakikat bahawa syarikat yang kononnya menaja acara peringkat antarabangsa, menggunakan borang yang mempunyai banyak kesalahan tatabahasa. Tak profesional lansung. Dah la habis borang tu dengan bekas conteng. Bila ditanya tentang apa apa bayaran. Di jawab saya hanya perlu bayar kos beribu ringgit untuk tujuan pengiklanan. Kemudian saya cuba mengelak. Di pujuknya pula saya. Dikatakan bayaran tersebut boleh dikurangkan. Bolehkah bayaran pengiklanan main kurang-kurang. Maaf. Saya bukan bodoh. Maaf Farah. Kena bawa kamu berjalan-jalan pula.
p/s: kata bakal tunang saya, saya ni mempunyai muka yang menarik agen jualan. Pergi ke mana pun, ada sahaja yang ingin cuba nasib memujuk saya. Agen kad kredit. Agen hartanah. Agen jualan lansung. Agen bahan pewangi. Agen minyak urut pun ada. Petang tadi pun, agen kad kredit kejar saya sampai keliling eskalator. Bakal tunang saya hanya mampu gelakkan saya sahaja.
Haish.
Posted by: paceek on: April 7, 2008
Dalam banyak-banyak soalan yang saya terima semasa menghadiri majlis perkahwinan rakan sekemasukan UTP saya, Dilla, soalan inilah yang paling banyak saya terima. Kalau ikutkan hati, nak saja saya jawab, “Esok” (oh ya, ini jawapan yang selalu bakal tunang saya guna). Sabar ya rakan-rakan. Saya pasti bukan saya yang seterusnya dalam barisan. Saya ada senarai urutan siapa yang bakal melansungkan perkahwinan seterusnya. Sila buat bayaran RM500 untuk satu senarai lengkap jika anda mahu mengetahuinya.
Majlis pertunangan saya tidak lama lagi. Tapi majlis perkahwinan bukan la dalam waktu terdekat. Duit tak cukup lagi. Nak pinjam Ahlong takut kena kelar leher. Nak pinjam bank nanti takut bankrap. Nak kahwin kena la cukup duit dulu. Kalau tidak, macam mana la nak tanggung anak orang nanti. Kasih sayang jer x cukup. Kata orang. Bukan kata saya. Tapi betul la kata orang tu.
Apa yang menggembirakan saya pada majlis tersebut, adalah peluang untuk menemui rakan-rakan lain yang sudah lama tak ditemui. Encik A, Amin, Adik, Leha, Jojie, gembira dapat bertemu kamu semua sekali lagi. Yang tidak disebut tu, mungkin saya dah selalu terserempak. Sayang sekali saya tak mempunyai kamera. Jangan risau. Nanti saya curi gamba dari kamera Bullah. Miahahaha. Selamat Pengantin Baru Dilla & Yusanor!. Semoga tiada orang yang menghadiahkan kamu jam loceng yg dh di preset pada jam 2.00 pagi ye?
.
Posted by: paceek on: March 18, 2008
Yada yada dan saya kembali menulis blog. Bagi sesiapa yang sempat melawat blog saya sebelum saya meng-edit post ni, sebenarnya post in ditulis dalam bahasa kolonial sebentar tadi. Tidak banyak yang boleh saya ungkapkan di sini. Sepanjang lebih kurang enam bulan selepas post saya yang lepas, kehidupan saya normal sahaja. Oh ya. Saya sudah berpindah ke rumah sewa yang baru. Di Taman Lestari Putra, Seri Kembangan. Bakal tunang saya pula tinggal di hadapan rumah saya. Oh ya. Hampir pasti menjadi tunangan saya. InsyaAllah. God’s Willing. Jika Diizinkan Tuhan. Saya juga telah di konpemkan (confirm apa yer dalam bahasa ibunda?) disahkan (terima kasih Jamie kerana memberi maksud confirm) jawatan pada 03.03.08 yang lepas. Maka selepas ini, jikalau saya ingin bertukar syarikat, kenalah saya hantar notis 3 bulan.
Pilihanraya telah berlalu. Saya tidak mengundi. Betul. Anda dipersilakan mengutuk saya kalau anda mahu. Selama saya hidup, inilah kali pertama Barisan Nasional gagal mempertahankan majoriti 2/3 parlimen dan juga kehilangan 5 buah negeri. Mari kita lihat apa akan jadi dalam jangka masa lebih kurang 5 tahun akan datang. Saya malas bercakap panjang tentang politik. Saya bukan politikus. polikucing pun bukan. Apatah lagi politeknik. Saya banyak mengarut sekarang.
Rakan batch saya ketika di UTP bakal melansungkan perkahwinannya 5 April ini lalu. Dilla namanya. Selamat Bakal Pengantin Baru. Lepas majlis perkahwinan dia nanti saya sudah edit balik pos ni. Tahniah. Bila lah giliran saya pula agaknya. (Bersediakah saya?).
Owh ya. Saya lupa tutup lampu kereta tadi. Terpaksa jalan jauh dari stesen lrt bukit jalil ke parking untuk menutup lampu kereta. Dah la hari ni hari pendaftaran pelatih PLKN. Kerana mereka, terpaksa saya parking jauh.
Haish.
Posted by: paceek on: September 22, 2007
It’s been such a looooooooooooooooooooooooooooooooooooooong time since I last posted. Heh. Not that I’ve been so busy, but the eagerness of writing something new had been quite depleted nowadays. Reading is more fun that writing, although loitering around is still the best. A few things had been going on in the past few months.
Number 1
I’ve graduated!! Yatta!! Finally, i’ve graduated. Formal learning process had come to a halt. At least, I think. Unofficially I’ve finished my semester on the 29th of June, but my convocation was not until 27th of August. Been expecting the Tun to honor the scroll to me, but Tan Sri Dato Sri (Dr) Hassan Marican was fair enough.Tun couldn’t make it as he was not in good health at that time. My mum came to UTP for the first time. Great that she could make it. Although she had to rush back, I finally could show her how beautiful is UTP. And I finally could show her that finally, someone in the family could received a degree scroll. Thank you very much Mek and Abah. For supporting me up until now. On that convocation day, finally all the family members from both sides (mine and my love side) had the chance to meet up. And alhamdulillah everything goes well.
Number 2
Worklife. For two months, I’ve gone back to working with my previous employer, RadicalBox. A great working environment with great colleuges. Been doing a few projects there, using various programming language. However, my programming career had to be cut short, as my beloved Sponsor, the big P had called me in for employment. It was a rough pre-employment experience for me as unexpectedly, my medical examination failed to meet the requirement. I was put on hold, but after two weeks of hoping and praying, I finally had been called. I’ve been designated to be one of the few that they call as Planners. Was hoping to be placed at Bangi, but they need more people to be in KLCC. Unable to refuse it, I had to continue serving P, at the capital city on Malaysia. That was good enough for me. It’s been three weeks now, and I’ve been able to make new friends. People were nice in my departments. I hope all people could be nice. Heh.
to be continued…
Posted by: paceek on: April 29, 2007
semangat sungguh saya beli tiket awal2x

Posted by: paceek on: February 19, 2007
Gementar. Itulah yang saya rasa tatkala sampainya hari untuk ke Taman Nuri. Bukan. Bukan sebuah taman burung, tapi rumah kekasih hati saya. Menghadiri majlis pertunangan abangnya. Lihat sahaja gambar diatas. Itulah antara sanak saudaranya yang hadir sama. Bukan gementar apa. Cuma pertama kali bertandang ke rumahnya. Terasa takut amat.
Bertolak seawal 5 pagi hari Ahad, sampai di perkarangan rumahnya hampir 9. Terus bersalaman dengan kedua ibu bapanya, adik beradiknya dan kemudian sepupu sepapatnya. Tengah takut tu. Berderu-deru sanak saudaranya sampai. Saya hanya mampu duduk di suatu sudut berdiam diri. Mungkin tak biasa dengan keadaan tersebut. Malu kononnya. Ahaks. Penuh perut saya dijamu dengan makanan yang begitu banyak sekali. Ayahnya tak henti henti menawarkan nasi tambah. -_-.
Jam 2.30, ke rumah calon wanita. Tugas saya meneman abangnya di dalam kereta. Ya lah. Mana boleh si teruna bertemu si dara sewaktu majlis pertunangan berlansung. Maka berboraklah saya dengan amin (si sepupu) dan abangnya. Dari soal kejer ke sekolah, dari degree ke master dan seterusnya mengumpat kisah lama si kekasih hati. Ahaks sekali lagi.
Habis sahaja majlis pertunangan, bermulalah sesi foto. Sempat juga saya menangkap sekeping dua gambar. Amatur. Balik saja ke rumah, terus saya diajak keluar, di bawa berjalan jalan. Sebelum majlis pertunangan tadi, di bawa ayahnya, kali ini di bawa abangnya. Ke muzium padi, tapi terlambat seminit. Kemudian ke Kuala Kedah. Diikuti ke Kangar. Akhir sekali makan malam di Kuala Perlis. Indah sungguh pemandangan matahari terbenam di tepi pantai.
Malam itu bersama sama menonton televisyen bersama keluarganya. Kungfu Hustle. Tergelak saya. Berborak sedikit. Saya masih kekok. Apa yang dapat saya ulaskan, keluarganya amat mesra dan baik. Sanak saudaranya peramah dan suka bergurau. Terkejut saya di sapa salah seorang sepupu perempuannya. Katanya suara saya mahal. Bukan mahal, tapi lumrahnya memang begitu.
Gembira dan lega. Itulah segalanya. Syukur.
Posted by: paceek on: February 15, 2007
Again, in Malay
Selain malas, satu sifat buruk saya adalah cepat mengantuk. Walaupun sudah tidur lapan jam sebelum itu. Tetapi, untuk mengantuk, saya perlu ada pemangkin. Dan pemangkin itu adalah “lecture”. Masuk saja kelas, dah mula mengantuk. 15 minit selepas itu, mata sudah kuyu. Nasib baik saya tak sampai tahap berdengkur lagi. -_-”. Habis kelas, terus segar balik mata saya. Bersinar sinar. Terus lupa niat untuk tidur.
Dan ditambah pula, semalam baru saya sedar. Semasa mengambil slip pengesahan kursus. 3 daripada 5 sabjek yang diambil semester ini, adalam sabjek pengurusan. Human Resource Management. Knowledge Management. Strategic Management. Terasa seperti saya mengambil program pengurusan pula di sini, bukannya Sistem Maklumat. Makin bertambah mengantuk setelah saya sedar hakikat tersebut.
Ingin juga saya umumkan di sini kepada rakan-rakan saya bahawa saya menggunting rambut bukan kerana takut dimarahi ibu saya bila balik kampung cuti raya cina ini. Apatah lagi, saya tidak akan balik kampung di waktu cuti ini. Sajer jer. Pening la rambut panjang panjang nih. Saya berbelanja banyak minggu ini. Beli kasut dan baju baru. Dua set. -_-”.
Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan saya yang berbangsa Cina. Tapi yang bukan pun apa salahnya. Mari kita sambut sama-sama. Saya mengantuk. Tidur dulu!!
Posted by: paceek on: February 9, 2007
I’m writing this in Malay.
Tidak perlu diulang, sudah lama rasanya saya tidak menulis sesuatu di ruangan blog conttoncandybar ini. Mungkin kerana terlalu sibuk (alasan yang sudah berapa kali digunakan). Mungkin juga memang saya tidak sesuai menulis blog. Mungkin juga kerana sewaktu cuti, tiada kemudahan jalur lebar di rumah saya. Yang pastinya, saya pun tidak pasti kenapa saya tidak menulis lagi. Mungkin segala idea untuk menulis telah dicurahkan ke dalam laporan kemajuan untuk projek tahun akhir Universiti Teknologi Petronas. Ahh!! Mungkin tidak.
Akhir Januari lalu, salah seorang rakan saya, bekas pelajar SHAH Pekan, telah kembali ke rahmatullah. Kenapa saya terasa kehilangannya sewaktu itu? Kerana beliau adalah bekas teman sebilik sewaktu lima tahun saya berada di SHAH Pekan. Kerana beliau adalah seorang yang pintar, peramah, selalu tersenyum dan disenangi ramai. Siapa yang menyangka beliau boleh pergi seawal ini. Barah hati. Mungkin juga saya terasa kerana sudah lebih setahun saya tidak menghubunginya. Tapi semua itu kan sudah takdir. Al-Fatihah kepada arwah.
Saya masih tidak dapat melihat siapa saya dalam masa enam bulan akan datang. Saya berpendapat bahawa saya masih tidak bersedia untuk bekerja. Untuk mengikut arahan majikan atau untuk membuat keputusan yang mungkin mempengaruhi syarikat. Akan tetapi, enam bulan adalah satu jangka waktu yang masih panjang. Atau pun sebenarnyer cuma tinggal empat bulan? Malas saya hendak berfikir tentangnya.
Malas. Ya. Saya amat malas semester ini. Malas ke kelas. Baru tiga minggu, sudah 3 kelas saya tuang. Awal sungguh saya mula tuang. Tidak tau mengapa. Azam tahun baru agaknya. Menjadi semakin malas. -_-” . Oh ya. Dan blog Jamie telah berubah URL. Saya malas nak ubah URL di bar sebelah ini kerana saya malas. Jadi, kepada sesiapa yang ingin melawat blog Jamie, bolehla ke URL http://beluncas.wordpress.com. Tak mahu lawat pun tak mengapa. Blog beliau tak cantik
. Saya malas nak promote. Tengok, saya malas lagi. Ahh!! Malaslah!!
Posted by: paceek on: November 28, 2006
it’s almost four months, and this is the only time i can finally post some blog content. Back in those days in my internship, heck i love to post everyday. What to expect, that internship period is like the most boring part of my life. Wait. No. Wait till i started working real job. Maybe then i’ll be totally forgetting this blog.
My life had been packed for the last couple of months, with all the assignments, projects, FYP and all of those so-called ‘University Requirement’ thingy. Although being busy with all those kinds of brain and stamina torturing stuffs, it does kept me of from being bored. The greatest thing of being back to my lovely university ( other than seeing my girl ) is that i can almost download anything from my hostel’s network. From educational to crap stuff, english tvseries to anime, movies, and bunch more (including the inappropriate stuff). It’s a free country ain’t it?
How bout my Raya? Nahh..same as always, kind of dull and bored. Maybe because i’m getting older i guess. No more ‘duit raya’. I even gave up on buying new ‘baju raya’. Not a compulsory stuff for me anymore. Added that assignments occupied my head during the festive seasons. I do visits my friend though. Logical enough, most of themve gotten married. Some even have childs (it’s child with an ’s’) O_o . Talk about of being old. And me? Baru jer start :p. Think back, i really do spend my life most of the time studying, formally. some might say that i sacrifice my youth to seek more knowledge. Nahh. University students had their own ways of enjoying youth.
My final exam for this semester ended the day before. I hoped I did well. I have to wait a month or so before the new semester begins. My final semester i hoped. Time sure fly fast. I can still remember watching ‘Gaban’ in front of my family’s black & white TV set, and now here I am, a final year Bachelor of Tech(Hons) in Business Information Sytem. Great.
Recent Comments