Posted by: paceek on: September 19, 2008
Hujung minggu lepas adalah antara minggu yang membuatkan poket saya berlubang. Haha. Tapi tak mengapa. Sebab saya berpeluang menemui rakan-rakan yang lama saya tak temui, dan juga rakan baru. Bermula dengan iftar di Flaming Steamboat, Sunway bersama rakan-rakan pejabat tunang saya pada hari khamis. Hari jumaat pula berbuka di wisma Kagumas, Bangi bersama rakan-rakan UTP batch itisjan03. Dan setelah begitu lama tak berjumpa rakan SHAH PEKAN 9802, akhirnya ada juga iftar yang berlansung di Nelayan Seafood, Titiwangsa pada hari sabtu. Dan setelah terlepas buffet IKEA tahun lepas, saya dan tunang berbuka pula di sana pada hari ahad. Disertakan dua snapshot iftar yang saya lalui. Haha.
Iftar ITISJAN03 – Wisma Kagumas, Bangi

Iftar SHAH PEKAN 9802 – Nelayan Seafood, Titiwangsa

Recent Comments