cottoncandybar v2.0

engagement day

Posted by: paceek on: February 19, 2007

Gementar. Itulah yang saya rasa tatkala sampainya hari untuk ke Taman Nuri. Bukan. Bukan sebuah taman burung, tapi rumah kekasih hati saya. Menghadiri majlis pertunangan abangnya. Lihat sahaja gambar diatas. Itulah antara sanak saudaranya yang hadir sama. Bukan gementar apa. Cuma pertama kali bertandang ke rumahnya. Terasa takut amat.

Bertolak seawal 5 pagi hari Ahad, sampai di perkarangan rumahnya hampir 9. Terus bersalaman dengan kedua ibu bapanya, adik beradiknya dan kemudian sepupu sepapatnya. Tengah takut tu. Berderu-deru sanak saudaranya sampai. Saya hanya mampu duduk di suatu sudut berdiam diri. Mungkin tak biasa dengan keadaan tersebut. Malu kononnya. Ahaks. Penuh perut saya dijamu dengan makanan yang begitu banyak sekali. Ayahnya tak henti henti menawarkan nasi tambah. -_-.

Jam 2.30, ke rumah calon wanita. Tugas saya meneman abangnya di dalam kereta. Ya lah. Mana boleh si teruna bertemu si dara sewaktu majlis pertunangan berlansung. Maka berboraklah saya dengan amin (si sepupu) dan abangnya. Dari soal kejer ke sekolah, dari degree ke master dan seterusnya mengumpat kisah lama si kekasih hati. Ahaks sekali lagi.

Habis sahaja majlis pertunangan, bermulalah sesi foto. Sempat juga saya menangkap sekeping dua gambar. Amatur. Balik saja ke rumah, terus saya diajak keluar, di bawa berjalan jalan. Sebelum majlis pertunangan tadi, di bawa ayahnya, kali ini di bawa abangnya. Ke muzium padi, tapi terlambat seminit. Kemudian ke Kuala Kedah. Diikuti ke Kangar. Akhir sekali makan malam di Kuala Perlis. Indah sungguh pemandangan matahari terbenam di tepi pantai.

Malam itu bersama sama menonton televisyen bersama keluarganya. Kungfu Hustle. Tergelak saya. Berborak sedikit. Saya masih kekok. Apa yang dapat saya ulaskan, keluarganya amat mesra dan baik. Sanak saudaranya peramah dan suka bergurau. Terkejut saya di sapa salah seorang sepupu perempuannya. Katanya suara saya mahal. Bukan mahal, tapi lumrahnya memang begitu.

Gembira dan lega. Itulah segalanya. Syukur.

9 Responses to "engagement day"

ahaks…suara mu mhl :P jgn x tau..dulu kalau di ajak chatting pun, mahal juga jualnya.. (dulu la..dulu…) hehe

ahaks..alhamdulillah selamat semuanya.. lenkali leh gi lagi kan paceek :P

haha..
jamie: skarang suaraku dh x mahal sangat kot :P
nadxoxo: insyaAllah leh pegi lg..tunggu si dia jer nak gi johor..entah bila yer? :P

ahad: pacik neves…tp bertukar gembira pd hari isnin..da pndai bermesra ngn family chemun..ade kemajuan yg membanggakan…

hiak hiak..tp aku wondering..adekah pacik malu sebab neves or sbb dia xphm bhsa kedah??

zhu: kedua duanya kot -_-”

nadxoxo: insyaAllah leh pegi lg..tunggu si dia jer nak gi johor..entah bila yer? :P

erk..insyaAllah..ade rezeki..sampai gak ke jhr..hehe..mesti sampainyer..

nnt aku nk teman ko masa ko bertunang lak.

:p

datangla 26hb november ni kepada semua ke rumah..abg aku kawin lak..hehe..insyaAllah..

ark!!! demm.. aku tatau pun!! fak!

congrats paceek. one step closer. huhu..

chemun, 26 aa? igtkan.. suh paceek bwk aku skali. tapenah gi kedah! :P

p/s: paceek.. bini aku da penah sampai johor.. heehheee..

Leave a Reply

About Me


hitman with candy

Click Me!!  

a

Blogroll







Ouuch!

  • 5,174 hits

Links