cottoncandybar v2.0

Kembali ke Blog

Posted by: paceek on: February 9, 2007

I’m writing this in Malay.

Tidak perlu diulang, sudah lama rasanya saya tidak menulis sesuatu di ruangan blog conttoncandybar ini. Mungkin kerana terlalu sibuk (alasan yang sudah berapa kali digunakan). Mungkin juga memang saya tidak sesuai menulis blog. Mungkin juga kerana sewaktu cuti, tiada kemudahan jalur lebar di rumah saya. Yang pastinya, saya pun tidak pasti kenapa saya tidak menulis lagi. Mungkin segala idea untuk menulis telah dicurahkan ke dalam laporan kemajuan untuk projek tahun akhir Universiti Teknologi Petronas. Ahh!! Mungkin tidak.

Akhir Januari lalu, salah seorang rakan saya, bekas pelajar SHAH Pekan, telah kembali ke rahmatullah. Kenapa saya terasa kehilangannya sewaktu itu? Kerana beliau adalah bekas teman sebilik sewaktu lima tahun saya berada di SHAH Pekan. Kerana beliau adalah seorang yang pintar, peramah, selalu tersenyum dan disenangi ramai. Siapa yang menyangka beliau boleh pergi seawal ini. Barah hati. Mungkin juga saya terasa kerana sudah lebih setahun saya tidak menghubunginya. Tapi semua itu kan sudah takdir. Al-Fatihah kepada arwah.

Saya masih tidak dapat melihat siapa saya dalam masa enam bulan akan datang. Saya berpendapat bahawa saya masih tidak bersedia untuk bekerja. Untuk mengikut arahan majikan atau untuk membuat keputusan yang mungkin mempengaruhi syarikat. Akan tetapi, enam bulan adalah satu jangka waktu yang masih panjang. Atau pun sebenarnyer cuma tinggal empat bulan? Malas saya hendak berfikir tentangnya.

Malas. Ya. Saya amat malas semester ini. Malas ke kelas. Baru tiga minggu, sudah 3 kelas saya tuang. Awal sungguh saya mula tuang. Tidak tau mengapa. Azam tahun baru agaknya. Menjadi semakin malas. -_-” . Oh ya. Dan blog Jamie telah berubah URL. Saya malas nak ubah URL di bar sebelah ini kerana saya malas. Jadi, kepada sesiapa yang ingin melawat blog Jamie, bolehla ke URL http://beluncas.wordpress.com. Tak mahu lawat pun tak mengapa. Blog beliau tak cantik :lol: . Saya malas nak promote. Tengok, saya malas lagi. Ahh!! Malaslah!!

6 Responses to "Kembali ke Blog"

hidupkan bhs melayu.hehe

perlu ke meletak url blog daku…tp sesudah itu menganjingnya pula…aaaaa T_T

maaf..saya memang keji jamie :p

yer..hidupkan bahasa melayu!! tp kantoi guna ‘promote’

pacik aneh…
aku pon rase cm mau updet blog..tp mlm sket ar…

Siapakah bekas pelajar SHAH yang meninggal tu?

Allahyarham Mohd Izawar bin Saad

Leave a Reply

About Me


hitman with candy

Click Me!!  

a

Blogroll







Ouuch!

  • 5,174 hits

Links